8 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas
*Public Gold* tiada kaitan dengan Public Bank mahupun Public Library. Saya gemar bandingkan Public Gold sebagai kedai emas seperti Habib Jewel atau Poh Kong.
Bezanya cuma jenis emas dijual. Public Gold jual emas berbentuk jongkong dan syilling emas khusus untuk saving.
Beza dengan barang kemas ada dua iaitu harga per gram lebih murah dan kalau jual balik tolak kecil.
Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:
Apa tujuan simpan emas?
– Untuk simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. Alih 10% gaji dalam simpanan emas.
Berapa gram untuk capai tujuan?
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas?
Berapa lama nak capai sasaran?
– 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?
Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman 9 tahun saya dalam bidang emas:
8 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK
Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council.
Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.
i) Harga Per Gram Emas
Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my
Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)
Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.
Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti nak jual emas, lihat harga PG BUY.
TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.
ii) Susut nilai yang Rendah
Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.
Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.
Sebab ini barang kemas kemas bukan di anggap item simpanan dan pelaburan.
iii) Stok tiada had
Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.
Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.
iv) Tiada SST atau GST
Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.
Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).
v) Diterima gadaian Ar-Rahnu
Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.
Public Gold diterima disemua institusi gadaian ArRahnu di Malaysia dan Brunei Darussalam.
Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉
vi) Senang nak jual semula
Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?
Boleh kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.
cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.
vii) Jaminan Belian Semula
Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.
Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda dah beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.
Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!
No comments:
Post a Comment