AUTHORIZED DEALER PUBLIC GOLD

Tuesday, 4 December 2012

waktu mustajab doa...


1. Berdoa sewaktu hujan turun.
“Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu  mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud)..elok juga membaca surah al kauthar ketika berdoa..

2.  Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

4. Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa.” (Hadis Riwayat Muslim).

5. Selesai solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Doa manakah yang didengar (Allah)’ ?
Sabda baginda, “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardhu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

6. Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

7. Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

8. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

9. Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)
10. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)    

No comments:

Post a Comment