Pernah terbaca satu artikel
perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai
ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila
anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2
kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. Seterusnya, membaca surah Al Fatihah 1 kali, Al Insyirah (alam nasyrah) 1 kali.
Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut
dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang
kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah
berkesan kepada jiwa dan rohnya. Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air
lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke
muka dan ubun-ubun anak.. Mudah-mudahan kita akan memperoleh anak yang soleh..
Aamiin..
No comments:
Post a Comment