AUTHORIZED DEALER PUBLIC GOLD

Tuesday, 4 December 2012

chicken hearted :p

hehehe...bukan hati ayam yea...penakut.. ala si hero ni la..yellow sket... takut sket bila dengar bunyi yang agak kuat.. crite hari ni,, takut bila dengar bunyi moto..

ala..anak alaf millenium la katakan,, lahir je terus naik kete,,,bila dengar bunyi moto..lari..tapi yang empunya badan tu nak naik je moto,, tapi sebab takut tak leh r..

then, satu petang tu.. Ayah Chik Faiq..buat trial.. tapi kena pujuk dan umpan dulu.. first step.. bawa duduk atas moto.. sambil2 tu umpan dengan air,... nampak dia relaks..tolak moto slow2.. umpan ngan air.. ala sket je bagi.. guna tudung botol je..  then baru la start moto.. tara... berjaya!!! tak nangis dah...bawa round keliling rumah.. hehehe....

hehehee... mission accomplished,, :)



yum.. yum.. yum.. yummy!!!

nak share resepi yang i dapat ni... pernah ingat kawan bawa pi sekolah ,,,, memang sedap..
sekarang ni sampai termimpi2 nak makan.. insya allah,, ada rezki dapat la buat dan makan...


Puding Triffle Strawberry
Bahan-bahannya:
# 1 buku kek gulung
# 1 tin susu cair
# 7 sudu besar gula-nak manis lagi letak la banyak lagi
# 4 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn 1/2 gelas air)
# 1 tin fruit coktail
# 1 kotak jelly nona (perisa strawberry) - nak perisa lain pun boleh,ikut suka


Cara2 :
1.Potong kek gulung..susun penuh dlm bekas dan mampat
(seeloknye bekas jernih/kaca..kalau nak hidang utk tetamu..biar cantek!)

2.Pastu masak susu cair, 1 tin air, gula sampai mendidih..
Then masukkan bancuhan tepung kastard..kacau lagi sampai agak2 pekat...
Curahkan dalam bekas jernih/kaca yg dh ltk kek td...

3.Pastu masak jelly ikut arahan kat belakang kotak
Kemudian curahkan atas adunan kastard...
Taburkan buah2an dalam tin (koktail).. sejukkan..




waktu mustajab doa...


1. Berdoa sewaktu hujan turun.
“Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu  mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud)..elok juga membaca surah al kauthar ketika berdoa..

2.  Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

4. Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa.” (Hadis Riwayat Muslim).

5. Selesai solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Doa manakah yang didengar (Allah)’ ?
Sabda baginda, “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardhu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

6. Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

7. Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

8. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

9. Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)
10. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)    

Monday, 3 December 2012

My First Eid :)

Seronok ummi ngan aboh tahun ni,, sambut hari raya bertiga ngan our precious germ..tak sabo nak tengok faiq pakai baju melayu... :) cik ha sponsor baju melayu... heeheh..ma kacih..



ummi siap order kopiah khas untuk faiq,,, kopiah kait lagi,, 
coz faiq's head is a bit bigger than other baby ;)


tapi.. kopiah tu tak lama pun lekat kat atas kepala.. faiq ni ikut abohnya.. 
tak suka letak apa2 atas kepala..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH.. TERIMA KASIH ATAS NIKMATMU..
Aamiin..

GEMBIRANYA BILA SI MANJA CERIA :)

SALAM..

nak citer sket pasal permata hati kami ni.. si hero ni memang suka round2... sebab dah boleh kaki.. hehehe. dah boleh jalan ,, so suka sangat kalau dapat lepas bebas meneroka di kawasan2 yang so spacious... suka sangat tengok keletah dia,,, dah la senyum tak lekang dari bibir.. enjoy sangat dapat jalan,, dah la tu,,eksen pulak.. tak nak dipegang tangannya ,, nak stand on his feet,,

satu petang tu, kami bawak la si kecik ni ke playground... mula2 tengok je budak2 lain main,,, si cilik ni memang suka tengok2 dulu,, then baru nak try,, letak la atas benda alah tu,, ala yang boleh duduk then ada spring tu,, kalau goyang2 akan moving.. tak sangka lak Faiq ni kuat kakinya... boleh goyang benda alah tu... hehehe..

hehhee...

Sunday, 2 December 2012

~permata hati~

alhamdulillah,,tanggal 6 September 2012 genaplah umur permata hati kami.. FAIQ RASYDAN 1 tahun...

rezki faiq :)


walau pun pada awal kelahirannya, ada sedikit masalah,, tapi by time passing semua tu beransur2 baik..
ummi pun mendapat banyak bantuan dalam membesarkan faiq,,, tok ma, tok aboh, tok, ayoh chik, cik ha, cuja, su mi , mok teh dan cousins faiq .huhuu.. rajin diaorang sebab lama dah nak adik..tak dilupakan ayoh ngoh dan cik ngoh.. :) abohnya pun makin rajin sekarang,,,dah pandai manage Faiq..

abg Ammar :)
Abg ammar, seronok sangat dapat main ngan faiq..

ummi,, ambik cuti setahun untuk jaga faiq.. sebab tak leh minum susu formula..
kalau minum muntah,,, so memerlukan penjagaan daripada ummi..
memang kesabaran yang tinngi amat dituntut dalam menjaga bayi ni,,
masa ni baru tau macam mana mak ummi jaga ummi dulu,,
bukan senang.. semua nak kena adjust...kena ikut faiq..
sekarang lebih menghargai mak,, saayang mak..




Pejam celik pejam celik.. faiq dah boleh merangkak,, lama gak kat fasa ni baru la Faiq boleh merangkak..
merangkak jap je,, di sebabkan semangat yang kental,, faiq boleh berjalan di usia 11 bulan....

besdey boy :)

Saturday, 1 December 2012

Sharing is CaRinG, right? ;)

salam allz...

Dengan izin Allah S.W.T pada suatu hari, ambe bukak tv9.. kebetulan ada rancangan Tanyalah Ustaz,, penceramah adalah Ustaz Fauzi,, moderator rancangan Al Kuliah tu...
Kalu tak silap,, tajuk kuliah hari tu,, Doa... macam2 doa Ustaz Fauzi share,, juga waktu afdal berdoa dan Insya Allah makbul..

Untuk entri kali ni,, ambe nak share amalan atau tatacara berdoa yang boleh kita buat jika kita terkejut dari tido di tengah2 hening malam...


  • Baca lailahaillah wahdahu la syarikalah lahulmulkuwalahulhamduyuhyiwayumit wahua 'ala kullisayaiIn kodir..
  • Alhamdulillah
  • Subhanallah
  • Allahuakbar
  • La hau la wala kuwwata illa billa hil 'aliyyil 'azim
  • Allahummagh firli zambi
Kemudian kita mintalah apa2 hajat.. pohon la doa kepada Allah.. usaha, doa dan tawakkal.. INSYA ALLAH,, makmul.. aamiin..